Wave phenomenon

Diagram 1 shows the arrangement of the apparatus for an experiment to study a wave phenomenon.

Rajah 1 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji satu
fenomena gelombang.


Diagram 2 shows the bright and dark bands of the wave pattern formed on the screen when plane waves pass through narrow and wipe gaps.
Rajah 2 menunjukkan jalur terang dan jalur gelap bagi corak gelombang yang
terbentuk pada tabir apabila gelombang satah melalui celah kecil dan celah besar.

(a)(i) Explain how the dark and light bands are formed on the screen.
Terangkan bagaimana jalur terang dan jalur gelap terbentuk pada tabir.


 
(ii) Observe Diagram 2. Compare the wavelengths and the wave patterns of the waves before and after they pass through the gaps. Relate the size of the gaps with the wave patterns of waves to deduce a relevant physics concept.
Perhatikan Rajah 2. Bandingkan panjang gelombang, corak gelombang
sebelum dan selepas gelombang air itu melalui celah-celah itu.
Hubungkaitkan antara saiz celah dengan corak gelombang untuk
menyimpulkan suatu konsep fizik yang sesuai.

(iii) Name the wave phenomenon shown in Diagram 2.
Namakan fenomena gelombang yang ditunjukkan pada Rajah 2.

Diagram 3 shows the seashore of a fishing village. During the rainy season, waves are big. One year the waves eroded the seashore, caused the jetty to collapse and damage the fishermen’s boats.
Rajah 3 menunjukkan pantai bagi satu kampung nelayan. Semasa musim
tengkujuh, saiz gelombang adalah besar. Pada suatu tahun gelombang ini
menghakis pantai meruntuhkan jeti dan merosakkan bot-bot nelayan.

To prevent similar damage in the future, the fishermen suggest building retaining walls and relocating the jetty.
Make further suggestions of ways to help the fishermen solve their problems. You should use your knowledge of reflection, refraction and diffraction of waves to
explain these suggestions, to include the design and structure of the retaining wall, the location of the new jetty and the size or energy of the waves.
Untuk mengelakkan kerosakan yang serupa berulang pada masa hadapan,
nelayan-nelayan itu bercadang untuk membina benteng dan memindahkan jeti ke tempat yang baru. Buat cadangan selanjutnya tentang cara untuk membantu nelayan itu mengatasi masalah mereka. Anda perlu menggunakan pengetahuan tentang pantulan, pembiasan dan pembelauan gelombang bagi menerangkan cadangan itu, yang merangkumi reka bentuk dan struktur benteng, lokasi jeti yang hendak dibina, saiz atau tenaga gelombang.

 

 

Pressure

Diagram 1 shows the effect of pressure on a sandy beach when a man sits on a chair. Diagram 2 shows the same man sitting on the same chair after a piece of plank is placed under the chair.

Rajah 1 menunjukkan kesan tekanan ke atas pasir di tepi pantai apabila seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi. 
Rajah 2 menunjukkan lelaki yang sama duduk di atas kerusi yang sama selepas diletakkan sekeping papan di bawah kerusi itu.



(a) (i) What is the meaning of pressure?
Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan?

(ii) Observe Diagram 9.1 and Diagram 9.2. Compare the depth of sinking, the load and the area of surface contact with the sandy beach.
Relate the depth of sinking with the pressure exerted by the chair to make a deduction on the relationship between pressure and the area of surface contact in this situation.
Perhatikan Rajah 9.1 dan Rajah 9.2. Bandingkan kedalaman bahagian yang
tenggelam, beban dan luas permukaan yang bersentuhan dengan pasir di pantai itu. Hubungkaitkan kedalaman bahagian yang tenggelam dengan tekanan yang
dikenakan oleh kerusi untuk membuat kesimpulan tentang hubungan antara
tekanan dengan luas permukaan yang bersentuhan dalam situasi ini.


(b) Diagram 9.3 shows a vacuum cleaner.
Rajah 9.3 menunjukkan sebuah pembersih vakum.

 (c) A car needs an efficient hydraulic brake system for safety purposes.
Suggest and explain how to build a hydraulic brake system which can function
effectively, based on the following aspect:
Sebuah kereta memerlukan satu sistem brek hidraulik yang cekap untuk tujuan keselamatan. Cadang dan terangkan bagaimana untuk membina satu sistem brek hidraulik yang dapat berfungsi secara berkesan berdasarkan aspek aspek berikut:

(i) The type and characteristics of the brake fluid.
Jenis dan sifat bendalir brek.

(ii) The size of the master piston and slave piston.
Saiz omboh utama dan saiz omboh kedua.

(iii) The material used for the fluid transmission pipe.
Bahan yang digunakan untuk paip penghantaran cecair. 

Velocity-time graph

Diagram 1 shows a velocity-time graph for bus A and bus B traveling from Kuala Lumpur to Butterworth. Both buses start their journey at the same time.

Rajah 1 menunjukkan graf halaju-masa bagi bas A dan bas B yang membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke butterworth. Kedua-dua bas bertolak pada masa yang sama.


(a) (i) What is the meaning of velocity?

Apakah maksud halaju?


(b) Based on Diagram 1, compare the velocity of bus A and bus B in the first hour, the gradient and area under the graph.

State the relationship between velocity and acceleration. State the type of motion during the last two hours of travel.

Berdasarkan Rajah 1, bandingkan halaju bas A  dan bas B dalam satu jam pertama, hubungan antara halaju dan pecutan. Nyatakan jenis gerakan bagi dua jam terakhir perjalanan

(b) Diagram 2 shows a graph of displacement-time for a car with passenger onboard.

Rajah 2 menunjukkan graf sesaran-masa bagi satu perjalanan kereta bersama penumpang.


From the graph, explain the type of the car throughout the journey.

What is the total displacement travelled?

Berdasarkan graf, jelaskan jenis gerakan kereta sepanjang perjalanan.

Berapakah jumlah sesaran yang dilalui?

(c) Diagram 3 shows an ordinary bicycle.

Rajah 3 menunjukkan sebuah basikal biasa.


Diagram 3
Rajah 3

You are required to give some suggestions to enable a cyclist to ride the bicycle safely at a higher speed.

Using your knowledge on forces and motion and properties of materials, explain your suggestions based on the following aspects:

Anda dikehendaki memberi beberapa cadangan untuk membolehkan seorang menunggang basikal itu pada laju yang lebih tinggi dengan selamat.

Dengan menggunakan pengetahuan anda tentang daya dan gerakan dan sifat-sifat bahan, terangkan cadangan anda berdasarkan aspek-aspek berikut:

The mass of the bicycle

Jisim basikal

The type of material for the body of the bicycle
Jenis bahan bagi badan basikal itu

Tyre
Tayar

The attire or accessories of the cyclist
Pakaian atau kelengkapan penunggang


ANSWERS