Soalan kertas 3 pertengahan tahun tingkatan 4




PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 4


 


FIZIK

Kertas 3

Satu Jam Tiga Puluh Minit



 

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.      Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan..

2.      Jawab semua soalan daripada bahagian A dan satu soalan daripada bahagian B.

3.      Jawapan anda bagi Bahagian A hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini.

4.      Tulis jawapan bagi Bahagian B pada helaian tambahan yang dibekalkan oleh pengawas peperiksaan.Anda boleh menggunakan persamaan, rajah, jadual, graf dan cara lain yang sesuai untuk menjelaskan jawapan anda

 

Kegunaan Pemeriksa

 

Bahagian

Soalan
Markah

A
1


2


B
3


4


JUMLAH










 
Kertas soalan ini mengandungi 15  halaman bercetak                                        



MAKLUMAT UNTUK CALON

1.                  Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2.                  Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Jawapan kepada Bahagian A hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan.

3.                  Jawab satu soalan daripada Bahagian B. Jawapan kepada Bahagian B hendaklah ditulis pada halaman bergaris yang disediakan di Bahagian Akhir kertas soalan ini. Anda diminta menjawab dengan lebih terperinci. Jawapan mestilah jelas dan logic. Persamaan, gambar rajah, jadual, graf dan cara lain yang sesuai untuk menjelaskan jawapan anda boleh digunaan.

4.                   Tentukan kerja mengira, ini membantu anda mendapatkan markah.

5.                  Sekiranya anda hendak membatalkan sesuatu jawapan, buatkan garisan di atas jawapan itu.

6.                  Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.

7.                  Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan.

8.                  Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan. Walau bagaimanapun, langkah mengira perlu ditunjukkan.

9.                  Masa yang dicadangkan untuk menjawab Bahagian A ialah 60 minit dan Bahagian B ialah 30 minit.


Bahagian A

[28 markah ]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini
Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 60 minit.


1.      Seorang murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara panjang, l, bagi satu bandul ringkas dengan tempoh ayunan, T.
Susunan radas bagi eksperimen ini ditunjukkan pada Rajah 1.1.


Murid itu memulakan eksperimen dengan panjang bandul 30.0 cm.
Ladung bandul itu disesarkan dan dilepaskan supaya berayun. Masa, t, yang diambil untuk 10 ayunan lengkap dicatatkan.
Eksperimen diulangi dengan panjang bandul 40.0 cm, 50.0 cm, 60.0 cm dan 70.0 cm.









Rajah 1.5


(          a)     Bagi eksperimen yang diterangkan di halaman  3, 4 , 5dan 6 kenal pasti:

(i)                 Pembolehubah dimanipulasikan

......................................................................................................................
[1 mark]
(ii)               Pembolehubah bergerak

......................................................................................................................
[1 mark]
(iii)             Pembolehubah dimalarkan

......................................................................................................................
[1 mark]







(b)   Untuk bahagian soalan ini, tulis jawapan anda dalam ruang yang disediakan dalam rajah-rajah yang sepadan. Jawapan anda bagi nilai T dan T2 hendaklah betul kepada dua tempat perpuluhan.





Berdasarkan Rajah 1.2, 1.3, 1.4, 1.5 dan 1.6 di halaman 3, 4 dan 5:
(i)                 Catat bacaan, t, bagi jam randik.

 [2 marks]

(ii)               Bagi setiap nilai t di 1(b)(i), hitung tempoh ayunan lengkap, T, bagi bandul itu menggunakan persamaan berikut:


Catat nilai T.
[1 mark]
(iii)             Hitung  T2 untuk setiap nilai T di 1(b)(ii).
Catat nilai T2.

[2 marks]

(c)    Jadualkan keputusan anda bagi semua nilai l, t, T dan T2 dalam ruang di bawah.















[2 marks]



(d)   Pada kertas graf di halaman 9, lukiskan graf T2 melawan l.

[5 marks]
(e)    Berdasarkan graf anda, nyatakan hubungan antara  T2 and l.

…………………………………………………………………………………………
[1 mark]






2.  Satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara masa, t yang diambil oleh satu   
     sfera logam yang jatuh bebas dari ketinggian, h telah dijalankan. Graf h melawan t2
     yang diperolehi adalah seperti dalam Rajah 2.1.

Graf h melawan t2

Rajah 2.1

(a)      Berdasarkan graf  h melawan t2 pada halaman 10 ,

(i)           Nyatakan hubungan antara h dan t2,
                
..............................................................................................................................
 [1 markah]

(ii)         Tentukan masa, t bila sfera itu dijatuhkan dari ketinggian, h = 44.0 cm
          .

   Tunjukkan pada graf bagaimana anda menentukan nilai t.






t = ……………………

[3 markah]
        .
(a)    Hitung kecerunan graf tersebut

 Tunjukkan pada graf, bagaimana anda menghitung kecerunan.







[3 markah]


(b)   Persamaan gerakan bagi satu jasad yang jatuh bebas dengan halaju awal, u diberi seperti berikut:;

                   
         Dimana g adalah pecutan graviti.


               
(i)           Nyatakan nilai halaju awal, u sfera tersebut

...............................................................................................................................
[1 markah]

(ii)         Menggunakan nilai kecerunan graf dalam (b) dan persamaan dalam (c),, hitung pecutan graviti, g.







[3 markah]

(d)  Nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk memperbaiki keputusan dalam eksperimen ini.

             ………………………………………………………………………………………….
 ………………………………………………………………………………………….
[1 markah]
 
                                                      Bahagian B
[12 markah]
Jawab satu soalan..

.
  1. Rajah 3.1 dan Rajah 3.2 menunjukkan dua kedudukan seorang budak di atas buaian. Sudut ayunan dalam kedua-dua rajah adalah sama sudut daripada palang besi tersebut. Dia mendapati buaian yang pendek bergerak lebih laju berbanding buaian panjang.
           
 
Berdasarkan maklumat dan pemerhatian tersebut:

(a)        Nyatakan satu inferens yang sesuai.                                                               [1 markah]

(b)        Nyatakan satu hipotesis yang sesuai.   
                                                                                                                        [1 markah]

(c)        Dengan menggunakan radas seperti benang, pendulum bob, kepingan plywood dan radas lain, terangkan satu rangka kerja eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang dinyatakan dalam 3(b).

Dalam penerangan anda, jelaskan perkara berikut:

(i)                     Tujuan eksperimen
                        .                                  
(ii)                   Pembolehubah dalam eksperimen
                        .
(iii)                 Senarai radas dan bahan                     .

(iv)                 Susunan radas.
                       
(v)                    Prosedur eksperimen yang mengandungi cara mengawal pembolehubah yang dimanipulasikan dan cara mengukur pembolehubah yang bergerak balas..

(vi)                  Cara untuk menjadualkan data

                       
(vii)               Cara untuk menganalisis data.                                             
                                               
  [10 markah]


 4.     Rajah 4 di bawah menunjukkan dua orang bayi yang mempunyai jisim yang berlainan tidur di dalam buaian yang digantung kepada spring yang mempunyai ciri-ciri yang sama.




Berdasarkan pemerhatian di atas,

(a)          Nyatakan satu inferens yang boleh dibuat.
[1 markah]
(b)         Bina satu hipotesis yang sesuai untuk suatu penyiasatan.
[1 markah]
(c)          Huraikan satu rangka kerja eksperimen untuk menguji hipotesis itu.

Dalam huraian anda, nyatakan dengan jelas tentang perkara-perkara berikut.
(i)      Tujuan eksperimen
(ii)         Pemboleh ubah eksperimen
(iii)       Senarai radas dan bahan
(iv)       Susunan radas
(v)         Prosedur eksperimen termasuk kaedah mengawal pemboleh ubah yang dimanipulasi dan kaedan mengukur pemboleh ubah bergerak balas

(vi)       Cara anda menjadualkan data
(vii)     Cara anda menganalisis data                                                  

     [ 10 markah ]


KERTAS SOALAN TAMAT