Wave phenomenon

Diagram 1 shows the arrangement of the apparatus for an experiment to study a wave phenomenon.

Rajah 1 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji satu
fenomena gelombang.


Diagram 2 shows the bright and dark bands of the wave pattern formed on the screen when plane waves pass through narrow and wipe gaps.
Rajah 2 menunjukkan jalur terang dan jalur gelap bagi corak gelombang yang
terbentuk pada tabir apabila gelombang satah melalui celah kecil dan celah besar.

(a)(i) Explain how the dark and light bands are formed on the screen.
Terangkan bagaimana jalur terang dan jalur gelap terbentuk pada tabir.


 
(ii) Observe Diagram 2. Compare the wavelengths and the wave patterns of the waves before and after they pass through the gaps. Relate the size of the gaps with the wave patterns of waves to deduce a relevant physics concept.
Perhatikan Rajah 2. Bandingkan panjang gelombang, corak gelombang
sebelum dan selepas gelombang air itu melalui celah-celah itu.
Hubungkaitkan antara saiz celah dengan corak gelombang untuk
menyimpulkan suatu konsep fizik yang sesuai.

(iii) Name the wave phenomenon shown in Diagram 2.
Namakan fenomena gelombang yang ditunjukkan pada Rajah 2.

Diagram 3 shows the seashore of a fishing village. During the rainy season, waves are big. One year the waves eroded the seashore, caused the jetty to collapse and damage the fishermen’s boats.
Rajah 3 menunjukkan pantai bagi satu kampung nelayan. Semasa musim
tengkujuh, saiz gelombang adalah besar. Pada suatu tahun gelombang ini
menghakis pantai meruntuhkan jeti dan merosakkan bot-bot nelayan.

To prevent similar damage in the future, the fishermen suggest building retaining walls and relocating the jetty.
Make further suggestions of ways to help the fishermen solve their problems. You should use your knowledge of reflection, refraction and diffraction of waves to
explain these suggestions, to include the design and structure of the retaining wall, the location of the new jetty and the size or energy of the waves.
Untuk mengelakkan kerosakan yang serupa berulang pada masa hadapan,
nelayan-nelayan itu bercadang untuk membina benteng dan memindahkan jeti ke tempat yang baru. Buat cadangan selanjutnya tentang cara untuk membantu nelayan itu mengatasi masalah mereka. Anda perlu menggunakan pengetahuan tentang pantulan, pembiasan dan pembelauan gelombang bagi menerangkan cadangan itu, yang merangkumi reka bentuk dan struktur benteng, lokasi jeti yang hendak dibina, saiz atau tenaga gelombang.