sambungan soalan 16-30


16        Rajah 6 menunjukkan graf  halaju-masa sebuah kereta yang memecut bermula dari pegun




Berapa jauhkah kereta itu bergerak sebelum ia mencapai kelajuan seragam?

A         100 m
B         200 m
C         300 m
D         400 m

17    Rajah 7 menunjukkan seorang lelaki jatuh daripada motorsikal.  



                Konsep fizik apakah yang menyebabkan dia terjatuh?

A         Inersia
B         Prinsip Keabadiaan Tenaga
C         Prinsip Keabadian Momentum
D         Daya Impuls


18    Sebuah motor memecut dengan seragam dari keadaan rehat pada 1.2 ms-2 dalam masa 10 s. Berapakah sesaran motor tersebut?

A.        6 m                                         
B.        12 m
C.        60 m                                       
   D.        72 m


19    Satu kereta bergerak 20 ms-1 mula memperlahan kenderaan dengan nyahpecutan 4 ms-2 apabila menghampiri persimpangan. 
 
 

Berapakah jarak kereta tersebut sebelum berhenti di persimpangan tersebut?

A.        2.5 m                                      
B.        25 m
C.        50 m                                       
D.        100 m.
20    Rajah 8 menunjukkan graf halaju-masa.
 

Kecerunan graf mewakili?

A.        Kerja                                      
B.        Tenaga
C.        Sesaran                                   
D.        Pecutan


21        Rajah 9 menunjukkan graf halaju-masa bagi pergerakkan suatu objek?
  

Berapakah jumlah jarak yang dilalui objek tersebut dalam 8 s?

      A.        16 m                                                   
      B.        24 m
      C.        32 m                                                   
      D.        64 m
 

22    Jadual dibawah menunjukkan maklumat mengenai tiga jenis kereta.

Kereta
Jisim / kg
Halaju / ms-1
K
1000
8
L
1600
7
M
2000
5

Pernyataan manakah benar?
      A.        K mempunyai inersia yang besar
      B.        L mempunyai momentum yang besar
      C.        M mempunyai tenaga kinetik yang tinggi
      D.        K dan M mempunyai sesaran paling jauh.


23    Rajah 10 menunjukkan perlawanan tarik tali antara pasukan A dan pasukan B. Kedua pasukan sedang menarik tali pada arah yang bertentangan. 




Apakah daya paduan yang bertindak pada tali itu?

A         150 N bertindak ke arah kiri.
B        150 N bertindak ke arah kanan.
C         350N bertindak ke arah kiri.
D         350 N bertindak ke arah kanan.

24     Sebiji bola berjisim 0.5 kg ditendang dengan daya 10 N. Jika  daya dikenakan dalam masa 0.2 s, berapakah impuls yang dialami oleh bola?

A         0.8 N s
B         2.0 N s
C         10.2 N s
D         30.0 N s



25     Rajah 11 di bawah menunjukkan daya-daya mendatar yang bertindak ke atas motosikal  
          yang sedang memecut.    



Pernyataan  yang manakah benar?

A         Daya paduan sama dengan sifar
B         Daya paduan tidak sama dengan sifar
C         Daya tujah ke hadapan sama dengan daya rintangan
D         Daya tujah ke hadapan kurang daripada daya rintangan.

26    Objek yang manakah bergerak dengan pecutan paling besar?




27     Rajah 12 menunjukkan dua biji bebola keluli, P dan Q, dijatuhkan berhampiran dengan permukaan bumi.



 

 
Antara graf halaju-masa berikut, yang manakah betul bagi gerakan P dan Q?

   
28     Rajah 13.1 menunjukkan seorang budak berdiri di atas sebuah alat penimbang dengan tangannya di atas sebuah meja. Bacaan penimbang itu  ialah W.
 

         Apakah bacaan penimbang itu jika dia menekan meja dengan satu daya, F ke bawah seperti ditunjukkan dalam Rajah 13.2?

            A         W 
            B         F  
            C         W + F
            D         W - F

29    Rajah 14 menunjukkan sebiji kelapa berjisim 2 kg jatuh dari ketinggian 60 m ke tanah.
Di kedudukan manakah kelapa tersebut mempunyai tenaga keupayaan graviti yang paling tinggi? 



A    P
   B    Q
C    R
 

30    Pemain sofbol seperti gambar di bawah  menggerakkan tangannya ke bawah semasa menangkap bola yang laju.      


 

  Pergerakan tangan adalah untuk
         
              A     menambah daya impuls
              B     memanjangkan masa bola berhenti
              C     mengawal bola supaya tidak jatuh