Rajah menunjukkan sebongkah kayu yang berjisim 0.5 kg ditarik
sepanjang suatu permukaaan mengufuk dengan laju seragam 4 ms-1 oleh
suatu daya tetap 2 N.
(a) Terdapat empat daya asas yang bertindak ke atas bongkah
kayu itu. Namakan daya-daya tersebut dan nyatakan magnitud dan arah setiap
daya.
(b) Daya tarikan kemudiannya ditingkatkan sehingga 5 N dan
ditingkatkan selama 2.0 s.
Berikan satu sebab bagi jawapan anda.
i.
Jika semua daya yang lain kekal malar, huraikan
gerakan bongkah kayu itu. Berikan satu sebab bagi jawapan anda.
ii.
Hitungkan halaju bongkah kayu itu selepas 2.0 s.
iii.
Lakarkan graf halaju=masa yang berlabel untuk
menghuraikan gerakan bongkah kayu itu.
(c) Selepas 2.0 s, daya 5 N itu dialihkan dan bongkah kayu
itu dibiarkan bergerak sendiri.
Tentukan
i.
Nyahpecutan bongkah kayu itu.
ii.
Masa bagi bongkah kayu itu untuk berhenti
sepenuhnya.