EKSPERIMEN: JARAK IMEJ VS JARAK OBJEK

Rajah 3.1 menunjukkan sebuah projektor yang menggunakan kanta cembung untuk membentuk satu 
imej yang jelas dan tajam pada skrin.
Rajah 3.2 menunjukkan bahawa apabila kanta itu dilaras lebih dekat kepada objek di dalam projektor, 
skrin perlu digerakkan lebih jauh daripada projektor supaya imej yang jelas dan tajam dibentukkan.





Berdasarkan pemerhatian di atas ;

(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai, [1 markah]
(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai    [1 markah]
(c) Dengan menggunakan radas seperti mentol cahaya dan lain-lain, terangkan satu rangka 
kerja eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang anda nyatakan dalam (b)

Dalam penerangan anda, jelaskan perkara berikut:
i) Tujuan eksperimen
ii) Pembolehubah dalam eksperimen
iii) Senarai radas dan bahan
iv) Susunan radas
v) Prosedur eksperimen termasuk satu kaedah mengawal pembolehubah 
dimanipulasikan dan satu kaedah mengukur pembolehubah bergerak balas
vi) Cara anda menjadualkan data
vii) Cara anda menganalisis data 
      [10 markah]





JAWAPAN
INFERENS : Jarak imej dipengaruhi oleh jarak objek
HIPOTESIS : Jika jarak objek bertambah, maka jarak imej berkurang
TUJUAN : Untuk mengkaji hubungan antara jarak objek dan jarak imej
PEMBOLEHUBAH 
Manipulasi Jarak objek, u
  Bergerakbalas Jarak imej, v
      Dimalarkan Panjang fokus kanta, f
RADAS DAN BAHAN
Mentol, bekalan kuasa, wayar penyambung, kanta cembung, skrin, pembaris meter
PROSEDUR 
1. Mulakan eksperimen dengan meletakkan kanta cembung pada jarak, u = 15.0 cm dari 
                            mentol. Hidupkan suis bekalan kuasa.
                        2. Skrin dilaraskan sehingga imej yang jelas dan tajam terbentuk di atas skrin. Ukur jarak 
                            imej, v dengan menggunakan pembaris meter
                        3. Ulang eksperimen dengan jarak objek, u = 20.0 cm, 25.0 cm, 30.0 cm dan 35.0 cm.





PENJADUALAN DATA

ANALISA DATA