Rajah menunjukkan satu mentol disambungkan ke satu sel kering 1.5 V, didapati nyalaan mentol
kurang terang. Kemudian mentol disambungkan ke satu bateri 12 V seperti yang ditunjukkan
dalam rajah (b) dan didapati mentol menyala dengan lebih terang.
Berdasarkan maklumat dan pemerhatian di atas:
(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai, [1 markah]
(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai [1 markah]
(c) Dengan menggunakan radas seperti voltmeter, dawai konduktor dan lain-lain, terangkan
satu rangka kerja eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang anda nyatakan dalam (b)
Dalam penerangan anda, jelaskan perkara berikut:
i) Tujuan eksperimen
ii) Pembolehubah dalam eksperimen
iii) Senarai radas dan bahan
iv) Susunan radas
v) Prosedur eksperimen termasuk satu kaedah mengawal pembolehubah
dimanipulasikan dan satu kaedah mengukur pembolehubah bergerak balas
vi) Cara anda menjadualkan data
vii) Cara anda menganalisis data
[10 markah]
JAWAPAN
INFERENS : Beza keupayaan dipengaruhi oleh arus
HIPOTESIS : Jika arus bertambah, maka beza keupayaan bertambah
TUJUAN : Untuk mengkaji hubungan antara arus dan beza keupayaan
PEMBOLEHUBAH
Manipulasi Arus, I
Bergerakbalas Beza keupayaan, V // Voltan, V
Dimalarkan Rintangan, R
RADAS DAN BAHAN
Sel kering / bateri, pemegang bateri, ammeter, voltmeter, rheostat, dawai konstantan
s.w.g 28, suis, wayar penyambung dan pembaris meter
PROSEDUR :
1.Hidupkan suis dan laraskan rheostat sehingga mendapat bacaan arus, I = 0.2 A
2.Ukur beza keupayaan, V dengan menggunakan voltmeter
3.Ulang eksperimen dengan melaraskan rheostat untuk mendapatkan bacaan arus, I =
0.4 A, 0.6 A, 0.8 A dan 1.0 A
PENJADUALAN DATA
ANALISA DATA