EKSPERIMEN: ARUS ARUHAN DALAM SOLENOID VS KELAJUAN MAGNET

Rajah menunjukkan seorang budak lelaki menunggang basikal. Lampu basikal bertambah cerah apabila basikal dikayuh dengan laju

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian di atas:
(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai, [1 markah]
(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai [1 markah]
(c) Dengan menggunakan radas seperti magnet bar, gegelung dawai kuprum dan lain-lain, terangkan satu rangka kerja eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang anda nyatakan dalam (b)
Dalam penerangan anda, jelaskan perkara berikut:
i) Tujuan eksperimen
ii) Pembolehubah dalam eksperimen
iii) Senarai radas dan bahan
iv) Susunan radas
v) Prosedur eksperimen termasuk satu kaedah mengawal pembolehubah 
dimanipulasikan dan satu kaedah mengukur pembolehubah bergerak balas
vi) Cara anda menjadualkan data
vii) Cara anda menganalisis data 
[10 markah]


Jawapan
INFERENS : Arus aruhan dipengaruhi oleh kelajuan magnet bar di dalam gegelung dawai
HIPOTESIS : Jika kelajuan magnet bar di dalam gegelung dawai bertambah
maka arus aruhan bertambah
TUJUAN : Untuk mengkaji hubungan antara kelajuan magnet bar di dalam gegelung dawai dan arus aruhan 
PEMBOLEHUBAH :
 Manipulasi :Ketinggian bar magnet dilepaskan ke dalam gegelung, 
BergerakbalasArus aruhan, I
DimalarkanBilangan lilitan gegelung, N
RADAS DAN BAHAN : Magnet bar, gegelung dawai kuprum, miliammeter, pembaris meter, wayar penyambung, 
silinder kadbod dan kaki retort

PROSEDUR : 
1. Mulakan eksperimen dengan melilitkan dawai kuprum di sekeliling silinder kadbod dengan bilangan lilitan gegelung, N = 30 lilitan. 
2.Laraskan ketinggian magnet bar untuk dilepaskan, ℎ = 20.0 cm.
3. Jatuhkan magnet bar ke dalam gegelung. Ukur arus aruhan, I dengan menggunakan miliammeter semasa magnet bar bergerak memasuki gegelung.
4. Ulang eksperimen dengan menggunakan ketinggian jatuhan magnet bar, ℎ = 30.0 cm, 40.0 cm, 50.0 cm dan 60.0 cm
PENJADUALAN DATA  


ANALISA DATA :