EKSPERIMEN : TRANSFORMER

Rajah (a) menunjukkan sebuah transformer injak turun yang terdapat di dalam pengecas bateri 
telefon bimbit. Gegelung sekundernya atau output disambungkan kepada sebuah telefon bimbit 5 V.
Rajah (b) menunjukkan sebuah transformer injak turun yang terdapat di dalam pengecas komputer 
riba. Gegelung sekundernya atau output disambungkan kepada komputer riba 19 V.


Berdasarkan maklumat dan pemerhatian di atas:
(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai, [1 markah]
(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai [1 markah]
(c) Dengan menggunakan radas seperti teras besi lembut, wayar kuprum tertebat dan lain-lain, terangkan satu rangka kerja eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang anda nyatakan dalam (b)
Dalam penerangan anda, jelaskan perkara berikut:
i) Tujuan eksperimen
ii) Pembolehubah dalam eksperimen
iii) Senarai radas dan bahan
iv) Susunan radas
v) Prosedur eksperimen termasuk satu kaedah mengawal pembolehubah 
dimanipulasikan dan satu kaedah mengukur pembolehubah bergerak balas
vi) Cara anda menjadualkan data
vii) Cara anda menganalisis data 
[10 markah]

Jawapan
INFERENS : Voltan output dipengaruhi oleh bilangan lilitan dawai pada gegelung sekunder
HIPOTESIS : Jika bilangan lilitan dawai pada gegelung sekunder bertambah
maka voltan output bertambah
TUJUAN : Untuk mengkaji hubungan antara bilangan lilitan dawai pada gegelung sekunder dan 
voltan output
PEMBOLEHUBAH  
Manipulasi : Bilangan lilitan dawai pada gegelung sekunder, N
Bergerakbalas: Voltan output, V
Dimalarkan:Bilangan lilitan dawai pada gegelung primer, Np

RADAS DAN BAHAN : Teras besi lembut, dawai kuprum tertebat, voltmeter arus ulang-alik (a.u), bekalan kuasa a.u 12 V, perintang, dawai penyambung.

PROSEDUR : 
1.Mulakan eksperimen dengan menggunakan 900 lilitan dawai kuprum tertebat pada 
gegelung primer dan 100 lilitan pada gegelung sekunder sebuah transformer.
2.Hidupkan suis bekalan kuasa a.u dan ukur voltan output dengan menggunakan voltmeter a.u.
3.Ulang eksperimen dengan bilangan lilitan dawai pada gegelung sekunder, N = 200 
lilitan, 300 lilitan, 400 lilitan dan 500 lilitan dan kekalkan bilangan lilitan pada gegelung primer

PENJADUALAN DATA 


ANALISA DATA