Situasi di dalam rajah menunjukkan bot boleh bergerak dengan lebih laju sekiranya bot dikayuh oleh
dua orang berbanding seorang.
Berdasarkan maklumat dan pemerhatian di atas:
(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai, [1 markah]
(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai [1 markah]
(c) Terangkan satu rangka kerja eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang dinyatakan di (b)
dengan menggunakan jangka masa detik, troli dan lain-lain radas.
Dalam penerangan anda, jelaskan perkara berikut:
i) Tujuan eksperimen
ii) Pembolehubah dalam eksperimen
iii) Senarai radas dan bahan
iv) Susunan radas
v) Prosedur eksperimen termasuk kaedah mengawal pembolehubah dimanipulasi dan
kaedah mengukur pembolehubah bergerak balas
vi) Cara anda menjadualkan data
vii) Cara anda menganalisis data
[10 markah]
JAWAPAN
INFERENS : Pecutan dipengaruhi oleh daya
HIPOTESIS : Jika daya bertambah, maka pecutan bertambah
TUJUAN : Untuk mengkaji hubungan antara daya dan pecutan
PEMBOLEHUBAH
Manipulasi : Daya, F
Bergerakbalas : Pecutan, a
Dimalarkan : Jisim troli,m
RADAS DAN BAHAN : Jangka masa detik, troli, pita detik, pembaris meter, gelang getah, landasan, dua kaki retort dan bekalan kuasa
PROSEDUR :
1. Hidupkan suis bekalan kuasa dan suis jangka masa detik.
2. Tarik troli berjisim 1.0 kg menuruni landasan dengan satu gelang getah.
(1 gelang getah = 1 unit daya)
3. Kira pecutan dengan menganalisis pita detik menggunakan formula