EKSPERIMEN: TEKANAN VS KETUMPATAN

Rajah (a) menunjukkan seorang penyelam sedang menyelam ke dalam kolam renang.
Rajah (b) menunjukkan seorang penyelam sedang menyelam ke dalam dasar laut. 
Mereka berada pada kedalaman yang sama tetapi penyelam di dalam rajah (b) merasai telinganya sakit.



Berdasarkan maklumat dan pemerhatian di atas:
(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai, [1 markah]
(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai [1 markah]
(c) Dengan menggunakan radas seperti corong tisel, silinder penyukat dan lain-lain, 
terangkan satu rangka kerja eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang anda nyatakan 
dalam (b)
Dalam penerangan anda, jelaskan perkara berikut:
i) Tujuan eksperimen
ii) Pembolehubah dalam eksperimen
iii) Senarai radas dan bahan
iv) Susunan radas
v) Prosedur eksperimen termasuk satu kaedah mengawal pembolehubah 
dimanipulasikan dan satu kaedah mengukur pembolehubah bergerak balas
vi) Cara anda menjadualkan data
vii) Cara anda menganalisis data 
[10 markah]


Jawapan
EKSPERIMEN : TEKANAN VS KETUMPATAN
INFERENS : Tekanan dipengaruhi oleh ketumpatan
HIPOTESIS : Jika ketumpatan bertambah, maka tekanan bertambah
TUJUAN : Untuk mengkaji hubungan antara ketumpatan dan tekanan
PEMBOLEHUBAH 
ManipulasiKetumpatan, p
BergerakbalasTekanan, P // Beza ketinggian paras air di dalam manometer,y
DimalarkanKedalaman, 
RADAS DAN BAHAN : Corong tisel, manometer, silinder penyukat, air, garam, penimbang elektronik, tiub getah, 
pembaris meter, tiub getah nipis, kaki retort
PROSEDUR : 
1.Silinder penyukat dipenuhkan dengan isi padu air, V= 250 ml dan dicampurkan 
dengan garam berjisim, m = 10 g. 
2.Rendamkan corong tisel secara menegak pada 
kedalaman air, ℎ = 30.0 cm
3.Ukur beza ketinggian paras air di dalam manometer, y dengan menggunakan pembaris meter
(Beza ketinggian paras air di dalam manometer , y = Tekanan air)
4.Ulang eksperimen dengan melarutkan garam berjisim, m = 20 g, 30 g, 40 g dan 5 kedalam air berisi padu, V = 250 ml. 
PENJADUALAN DATA 
ANALISA DATA